Sabtu, 23 Oktober 2010

sinopsis komik-nadiah fyriny

TEMAN LELAKI TERHEBAT:
Kisah Ayumi, pelajar perempuan yang bercita-cita memulihkan kegemilangan Kelab Kendo Sekolah Tinggi Oumi dengan menjadi pengurus kelab tersebut. Agar Kelab Kendo tidak dibubarkan, Ayumi menjemput pemain Kendo yang tiada tandingan, Mutou Hajime menjadi jurulatih mereka. Sungguhpun Mutou berperangai kasar dan tegas, namun Ayumi juga tidak lepas dari jatuh hati padanya...! Buku debut penuh harapan buat julung-julung kalinya hasil karya Konno Risa
ORGANISASI RAHSIA SEKOLAH:
Hiriyama dilanda masalah apabila dia mendapati beg dan mejanya di sekolah diselongkar oleh seseorang. Dia juga merasakan yang dia sedang diperhatikan lalu Kimi mendapatkan bantuan daripada Hoshimiya Issei dan rakan-rakan yang dikenali sebagai Organisasi Rahsia Sekolah.
ORANGE KISS:
Kijima Aka telah bermimpi. Di dalam mimpinya, dia dan seorang lelaki berambut oren telah berkucupan di bawah keindahan matahari yang terbenam. Dan lelaki di dalam mimpi itu merupakan rakan sekelasnya, Shimizu! Apakah erti mimpi itu? Mungkinkah Aka menaruh perasaan pada Shimizu dalam diam? Apakah pula pandangan Shimizu terhadap Aka?
SECANGKIR TEH KARAMEL:
Bagi Nozomi, dunia ini mempunyai pelbagai kemungkinan mendatang kecuali "cinta pada pandangan pertama". Walau bagaimanapun, kehadiran seorang peria yang bekerja di sebuah kafe telah menundukkan pegangan bongkak Nozomi bila dia jatuh hati kepada pelayan tersebut. Tanpa menghitung sebarang risiko, Nozomi meluahkan perasaan cintanya dengan terburu-buru dan seperti dijangka, ia telah ditolak oleh lelaki tersebut tanpa mengambil masa yang lama. Tatkala perasaan marah dan sedih yang bercampur gaul, Nozomi mengambil tekad untuk bekerja di kafe yang sama; bersama peria tersebut bertugas di bawah satu bumbung yang sama. Dapatkah Nozomi membuktikan bahawasanya perasaan cinta hanya akan wujud "pada pandangan kedua?"
SNAP!:
Xanseviera membawa anda selami Dunia Manusia dan Dunia Magik yang dikawal selia oleh pengawal dilantik. Penuh imaginasi. Ruby, watak utama digelar tomboi sebab bersekolah di Sekolah Lelaki Excalibur. Dikawal pula dua 'budak' - Rico dan Zack yang sanggup lakukan apa sahaja demi Ruby. Digarap dengan penuh 'persoalan' agar anda dapat menghayati apa sebenarnya yang terjadi di sebalik Dunia Magik dan Dunia Manusia!
CINTA,BERTAHANLAH!:
Seri dah lama menaruh hati pada jirannya, Kou yang setahun lebih tua darinya. Tetapi rupa-rupanya Kou sukakan kakak kandung Seri, Nana yang merupakan gadis paling jelita ala-ala permaisuri di bandar mereka. Dan pastinya Seri perlu mengambil langkah terlebih dahulu untuk menandingi kakaknya dalam permainan cinta ini... Namun Seri malu dan tiada keberanian untuk meluahkan perasaan. Seri beralih kepada rakan sekelasnya, Ikushi untuk berbincang dan mendapatkan nasihat. Ikushi yang juga meminati Nana menyokong penuh Seri lalu gadis itu mengambil keputusan menghalang luahan cinta Kou. Bermulalah perang cinta. Siapakah yang mampu bertahan hingga ke akhirnya?!
BAGAI SIHIR, JATUH CINTA PADAMU:
Cahaya mentari terpancar lembut pada isi kedai; haruman aneka ban tersusun selari. Kerana dah lama idamkan untuk bekerja di kedai bakeri "Saint Molly", Miko datang ke bandar Tokyo. Terkejut dengan pengalaman bekerja buat kali pertama yang ternyata sukar, namun pada masa yang sama dia berasa lebih bersemangat. Pemangku pengurus kedai, Natsu, sebaya dengannya malah mereka tinggal di bangunan apartmen yang sama. Mereka juga sama-sama sukakan ban. Mungkinkah persamaan mereka menandakan permulaan kisah cinta yang manis...?!
MESEJ CINTA DI TANGAN KIRI:
"Selamat pagi Nishino", sapa Taiga Minami.

Dialah satu-satunya lelaki yang memanggil dan menyapa khabar Nishino, seorang pelajar perempuan yang sangat biasa dan tidak menarik perhatian ramai di kelas. Namun kerana malu, perbualan mereka sekadar sapaan sahaja. Tanpa diketahui, dalam diam, Nishino yang duduk bersebelahan Taiga turut meminatinya.
BENARKAN AKU JADI PELAYANMU:

Kisah maid super comel dan butler sebuah kedai kopi (Crown). Suatu hari, semasa Yuzuko diganggu gengster, seorang pelayan cantik yang bekerja di kawasan berhampiran datang memberi pertolongan. Walaupun dia perempuan, tapi Yuzuko rasa berdebar-debar. Siapakah pelayan itu...?! Inilah kisah cinta hebat dari Rei.
PERMAINAN CINTA GILA:
Selamat petang! Saya Kazusa Takashina. Saya pelajar tahun 1 yang kini sedang berusaha memenangi perlawanan dengan senior Kurosaki dalam kedua-dua bidang tenis dan juga cinta!

Suatu hari, senior Kurosaki meluahkan perasaannya pada seorang gadis namun dirijek menyebabkan saya selalu terbayang-bayang adegan itu di fikiran. "Inilah peluang aku! Aku akan pastikan dia jatuh cinta dengan aku walau apa cara pun!!!" Saya terus-menerus menyerang namun setiap usaha saya tetap tak berjaya. Tapi saya takkan mudah berputus asa!
PELAYAN RAHSIA:
Satsuki adalah pelajar paling popular, cantik dan bijak di sekolah tetapi sebenarnya dia ada menyimpan rahsia yang tidak boleh diketahui oleh orang lain. Pada suatu hari, dia terserempak dengan rakan sekelasnya, Okuno, yang sedang bekerja sambilan sebagai pelayan di sebuah kafe elit. Sebagai galang ganti supaya perkara itu tidak tersebar, Okuno sanggup memenuhi permintaan Satsuki tetapi...?!
COKLAT & PUDINA:
Mengisahkan Keito yang langsung tiada jodoh dalam percintaaan sungguhpun sudah berada di tahun dua sekolah menengah rendah. Suatu pagi, dia membantu seorang budak lelaki comel yang jatuh pengsan akibat anemia. Di sebalik wajah comel tersebut, dia langsung tidak berterima kasih pada Keito malah memanggilnya "Mak cik" pula! Lebih mengejutkan, sungguhpun berbadan kecil seperti pelajar sekolah rendah, sebenarnya dia adalah pelajar sekolah menengah rendah tahun satu yang sama sekolah dengan Keito!!!
KEMBAR DA' BEST:
Dari luar, dia kelihatan seperti gadis yang cool - tak pernah senyum. Itulah Sara Morinaga, 16 tahun. Tetapi sebenarnya ada orang pernah kata padanya, "Hodohnya senyuman kau!" Kerana itu dia sering trauma apabila teringatkan kisah silamnya. Tanpa disangka, muncul di depan dirinya penyebab trauma tersebut, dua orang kembar yang nakal, yang kini sudah menjadi bertambah kacak dan macho.
LWN KELAS PUTERI:
Rinko ialah gadis yang belajar di sekolah yang dulunya merupakan sekolah lelaki. Hanya terdapat sebuah kelas bagi pelajar perempuan di situ - kelas yang dinamakan "Kelas Puteri". Tetapi semua pelajar perempuan dilarang bergaul dengan pelajar lelaki menyebabkan Rinko berasa bosan. Demi cinta sepihak dengan teman baiknya sejak kecil, Kousei yang belajar di sekolah yang sama, Rinko mengambil keputusan untuk memberontak bagi membuat perubahan ke atas sekolah itu!!! Dengan jalan cerita yang hebat dan gaya lukisan yang menarik, ini adalah buku yang harus dimiliki!
BERSAMAMU DI ROS BIRU:
Buat pertama kali Kogiku datang ke Tokyo semata-mata hendak bersekolah di bandar itu. Dia tiba di Asrama Ros Biru yang sangat terkenal. Tempat yang seharusnya asrama perempuan, ia dipenuhi pelajar lelaki yang segak tampan bagaikan model. Apa yang akan berlaku seterusnya?!
HAHAHAHAHHAHHAHHAHA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan